Wednesday 13 April 2011

Modul 5 (SHITSUKE)

Definisi
Bahasa Melayu                 =             Sentiasa amalkan
Bahasa Inggeris                 =             Sustain
Bahasa Jepun                    =             Shitsuke

Objektif “Sentiasa amalkan / shitsuke
  • Mendisiplin setiap pekerja untuk mengamalkan sistem 5S secara berterusan agar sistem tersebut dijadikan tabiat dan dan budaya kerja yang berkualiti dalam organisasi.
Aktiviti 1 : Pantau dan Nilai
Aktiviti 2: Facing Face

Modul 4 (SEIKETSU)

Seiketsu merupakan amalan 5S yang keempat di mana ia membawa maksud seragam. Secara keseluruhannya, SERAGAM merujuk kepada pelaksanaan aktiviti 3S yang pertama iaitu Seiri (Sisih), Seiton (Susun) dan Seiso (Sapu) secara berterusan. Secara ringkasnya, Seiketsu dapat diterjemahkan lebih kurang sebagai ”pembersihan-standard”. 


Objektif

  • Memastikan pelaksanaan tiga modul sebelumnya difahami dengan jelas oleh peserta.
Aktiviti 1: Let’s Become a Manager!!
Aktiviti 2: Slot SERAGAM


 

Modul 3 (SEISO)

Dalam modul 5S, sapu merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam 5S. Sapu memberikan penekanan terhadap penjagaan kebersihan bagi memastikan tempat kerja yang selesa dan selamat dalam meningkatkan kualiti dan perkhidmatan. Dalam bahasa Jepun, sapu dikenali sebagai “SEISO” yang beerti mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk, kotoran di lantai, mesin dan peralatan.

Objektif   
  •   Memastikan setiap ruang yang ada di tempat kerja adalah bersih dan kemas.
  • Menerapkan budaya menjaga kebersihan kepada para pekerja.
Aktiviti 1: Program Indah Menawan
Aktiviti 2: Kebersihan Tanggungjawabku

Modul 2 (SEITON)

Antara 1 dari amalan 5S yang terkandung adalah Seiton yang bermaksud susun. SUSUN merujuk kepada slogan yang berbunyi “setiap barang mempunyai tempatnya dan setiap tempat ada barangnya”. Di dalam aspek Seiton, penekanan menumpukan kepada kaedah penyusunan yang cekap, efekftif dan selamat. Melalui kaedah ini, sesebuah organisasi akan bejaya mewujudkan kerja yang kemas dan produktif. Secara ringkasnya Seiton bermaksud menyusun dan menyimpan barang dengan kemas, mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya.

OBJEKTIF 
  •  Melatih pekerja untuk menjadi seorang pekerja yang berdisiplin, kemas dan  produktiviti
  •   Mewujudkan suasana kerja yang selamat, cekap dan teratur.
Aktiviti 1: APA ITU SEITON ?
Aktiviti 2: KEMAS SEKEMAS KEMASNYA




Modul 1 (SEIRI)

  • Seiri adalah menyisih, mengasingkan, atau melupuskan  barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja secara lebih sistematik. 
Objektif :
  
  • untuk mendapatkan persekitaran tempat kerja yang selesa dan kondusi
  •  penyusunan maklumat dan data yang diperlukan tersusun dengan teratur 
  • memudahkan kakitangan untuk mendapatkan maklumat atau data yang diperlukan dengan mudah dan cepat.
v    Aktiviti 1:  “Big Cleaning Day”
v    Aktiviti 2:  “Transforming Label File”





Tuesday 12 April 2011

Amalan 5S


  • Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan. 
  • Di Malaysia, konsep Amalan 5S telah mula diperkenalkan pada tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutamanya di syarikat-syarikat multi-nasional. Kini, banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam juga telah mengamalkan Amalan 5S malah ada di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
  • Dalam bahasa jepun, 5S tersebut adalah Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke dan bagi dalam bahasa melayu pula, ia memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. 

Modul amalan 5S

Objektif
  • memberi pendedahan kepada pekerja terhadap Amalan 5S
  • mewujudkan budaya menjaga kebersihan di tempat kerja
  • mendisiplinkan pekerja secara berterusan

1.