Tuesday 12 April 2011

Amalan 5S


  • Amalan 5S ialah kaedah atau alat pengurusan yang boleh mewujudkan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk usaha penambahbaikan yang berterusan. 
  • Di Malaysia, konsep Amalan 5S telah mula diperkenalkan pada tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutamanya di syarikat-syarikat multi-nasional. Kini, banyak agensi-agensi Perkhidmatan Awam juga telah mengamalkan Amalan 5S malah ada di kalangannya telah mendapat pengiktirafan menerusi persijilan daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).
  • Dalam bahasa jepun, 5S tersebut adalah Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke dan bagi dalam bahasa melayu pula, ia memberi maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal. 

No comments:

Post a Comment